keADILan

Monday 28 November 2011

Bekas penyokong MCA kunjungi Tok Guru Nik Aziz


Bekas Penyokong MCA Kunjungi Tok Guru Nik Aziz

Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang

Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini.
Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.
(Gambar: Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang.)
Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.
“Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya.
Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit.
“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?
“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya.
Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga.Hrkh

Sunday 27 November 2011

Teruskan berjuang walaupun saya dipenjara-Anwar

JOHOR BAHRU,27 NOV: Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

"Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya dipenjarakan enam tahun, ada harga minyak turun? Politik antara kaum bertambah baik? Negara semakin sejahtera? Jadi semua yang berlaku selama ini bukan kerana Anwar," tegas Anwar di dalam ucapan penggulungannya di Kongres Parti Keadilan Rakyat ke-8 di sini.

Anwar berkata pertemuan dengan rakyat bawahan untuk mendengar keluh kesah mereka adalah ubat mujarab yang menjadi formula kepada karier politiknya yang sering dihimpit pelbagai dugaan dan cabaran pihak lawan.

"Saya belajar semua ini dengan siapa? Dengan pak lebai dan semangat saya datangnya dari mana? Dari mak cik tua. Golongan ini yang memberi api kepada obor perjuangan kita.

"Setiap kali saya bersua muka dengan rakyat bawahan, saya renung mata mereka, saya nampak harapan mereka," katanya.

Menyedari kekuatan perjuangan Pakatan Rakyat berpunca dari rakyat bawahan, Anwar menjelaskan Umno-BN menjadikan golongan ini sebagai sasaran untuk menyebarkan fitnah bagi memburukan dan menyemai benih kebencian kepada Pakatan.

"Strategi penting mereka (Umno-BN) ialah menyebarkan fitnah dan khabar angin supaya membenci kita."

Sheikh Muszaphar temui Nik Aziz...

KOTA BHARU:Angkasawan Negara,Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menemui Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena misi mengumpul dana membina hospital di Gaza,Palestine.

  Pertemuan singkat itu begitu bermakna buat sheikh muszaphar yang sudah lama berhajat bertemu Mursyidul Am Pas itu.
  Katanya,Nik Abdul Aziz merupakan ulama yang sudah pastinya mempunyai ilmu yang boleh dimanfaatkan seluruh umat islam.
  Pertemuan itu memberi saya ruang untuk bertukar tukar pendapat denag Tok Guru kerana saya kini berusaha menyatukan sans dan islam untuk dimanfaatkan generasi baru.
  "Saya berhasrat untuk menubuhkan satu pusat sains,alangkah baiknya sekiranya kita dapat mengadunkan sains dengan islam kerana kita sendiri maklum islam sudah melalui zaman keagungan dengan lahirnya ibnu sina dan bidang sains dan perubatan,"katanya.

Friday 25 November 2011

kata~kata penawar....

Agama buat kehidupan di akhirat,
harta buat kehidupan di dunia.


Di dunia orang yang tidak berharta
berasa susah hati,tetapi
orang yang tidak beragama
akan merasa lebih sengsara.


(Saidina Abu Bakar As-Sidiq)
APABILA HAK RAKYAT DIRAMPAS DAN MEREKA MENYALAHGUNAKAN KUASA....inilah padahnya
BEBASKAN AL AQSA....AYUHLAH WAHAI SAUDARAKU..DISAAT KIBLATMU DIJAJAH KAMU MASIH MEMELUK TUBUH....